Sunday, October 13, 2024

HADIAH SAUDARA

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Persatuan buka tabung hadiah RM5.00 kepada sahabat kita BULLET PROOF. Kritikal di ward. 

Maybank *********** Muhamad Aduha

1. BMRT RM5.00
2. ⁠ZLH RM5.00
3. SS RM10.00
4. WM RM10.00
5. INK RM10.00
6. HAKIM LC RM10.00
7. GEMOK RM5.00
8. TM RM10.00
9. Mamu RM10.00
10. DARUL RM10.00
11. Z RM10.00
12. BRYNSKFIELD RM10.00
13. AK RM5.00
14. JMYHC RM10.00
15. BNA RM10.00
16. ATOK RM10.00
17. GEE RM 10.00
18. BSXMX RM20.00
19. MJ RM15.00
20. BAGAN RM10.00
21. BAU KTO RM20.00
22. Amirul Jengka RM20.00
23. KAA RM20.00
24. RSA RM10.00
25. FIR RM10.00
26. AAD PKTM RM10.00
27. C.Fizi RM10.00
28. HPS RM10.00
29. PYG RM10.00
30. MIKrtg RM10.00
31. PL RM10.00
32. KET RM10.00
33. BSF RM10.00
34. AALSLJR RM10.00
35. AA RM10.00
36. BMMF RM10.00
37. JEMER RM10.00
38. ODY RM30.00
39. ACAP RM10.00
40. BLJ RM15.00
41. KHPRK RM5.00
42. JP RM15.00
43. BTKKTW RM20.00
44. PAKSU Pomen RM10.00

RM500.00

Thursday, May 23, 2024

UMRAH DIY

UMRAH DIY RM 4k seorang

Semua dah tak sabar2 nak I share bajet umrah DIY, so mehla I share ye dan simpan sini utk kenangan

Reason utama I buat umrah DIY ialah sebab 
✅ Jimat lagi2 sekarang pakej semua mahal
✅ Flexible sebab ikut tentatif kita sendiri
✅ bawa baby kembar I sekali, sebab yela kalau tinggal kat Malaysia siapa nak jaga kan 😂😂

I dah banyak survey pakej umrah, mostly kalau bawa baby kena bayar dalam RM 2-3k utk sorang baby. Ada juga pakej yg harga separuh dewasa.. Kalau nak bawa kembar, kena kali dua 😂 So kami pun decide utk pergi sendiri.. 

So kat sini I share flow dia la supaya korang boleh rujuk dan ikut. Moga bermanfaat.. 

📌 Beli tiket penerbangan ✈️

Kebetulan pula Sri Lankan Airline tengah buat promo, tiket harga RM 2435 seorang dan baby pula FREE. Biasanya tiket penerbangan kalau baby on lap ada juga airline yg cas 10% dari harga tiket dewasa, so contoh harga tiket RM 3000, baby kena bayar RM 300. But surprisingly Sri Lankan Airlines free je! Alhamdulillah

So sesiapa yg ada anak bawah 2 tahun tu gunakan la kesempatan ini utk travel bawa baby sebab masih free & kalau kena bayar pun, sikit je😂

Kami tawakkal je beli tiket Sri Lankan Airlines tu sebab jarang Malaysian naik flight ni so kami tak tahu review ok tak.. Kebiasaannya flight kalau ke Jeddah mmg akan announce di tempat miqat untuk niat umrah, so kami pun risau kot2 Sri Lankan Airlines takde buat announcement ke apa kan. So kami pun decide utk buat itinerary dengan pergi Madinah dulu, just to be safe 

Naik Sri Lankan Airlines ada transit 24 jam di Colombo. Mmg kami saje pilih yg ada transit sebab bawa baby so takde la penat sgt. Yg bestnya, hotel, makan dan transport pergi balik dari hotel ke airport semua Sri Lankan Airlines yg sediakan. Alhamdulillah rezeki kami dapat jalan2 dan bermalam di Colombo secara percuma. 

📌 Apply transit visa Sri Lanka

Nak masuk Sri Lanka kena apply transit visa di sini ⤵️
https://eta.gov.lk/etaslvisa/etaNavServ?payType=1 

Transit visa di Sri Lanka percuma je utk Malaysia. Alhamdulillah. Kami dah siap2 apply sebelum terbang..

📌 Apply tourist visa Saudi

Dulu harga tourist visa RM 650, tapi rezeki kami, saudi masa tu baru launch website dalam versi beta, so kami dpt apply tourist visa dengan harga RM 507 je alhamdulillah. Tourist visa valid 1 tahun..

Korang boleh apply di website ni ⤵️
http://ksavisa.sa/visa/tourism/apply

📌 Book hotel di Madinah

I book hotel Mirage As Salam di agoda utk 4 hari 3 malam. Sorang dalam RM 575 je kena bayar..  

- Bilik twin bedroom 
- Hotel dekat dengan gate 315 & 316
- Boleh jalan kaki je ke Masjid Nabawi

Ini je hotel yg paling murah I survey, sebab harga hotel di Madinah untuk bulan Februari mmg melambung2 tinggi.. Itupun nasib baik laaa I book awal la juga even masa tu belum beli tiket flight lagi. Tawakkal je 🤣 At least lepas beli tiket anytime kita boleh je setting ikut kesesuaian itinerari. A few days sebelum pergi I check harga kat agoda, dah tak dapat dh harga yg murmur.. 

📌 Book hotel di Mekah

Kat Mekah I book Kiswah Towers Hotel. Harga bagi I jackpot sebab murah sgtttt. RM 264 seorang utk 5 hari 4 malam. Yang ni I book dengan Muqmeen Travels & Tours. 

Cumanya hotel ni a bit jauh dlm 900m - 1km so around 15 mins berjalan. Tapi dia ada sediakan bus ke Masjidil haram 24 jam secara percuma.. Since kami bawa stroller so most of the time kami jalan kaki je ke masjidil haram. Bagi org muda I rasa ok la takde la jauh sgt dan dalam perjalanan bila kita tengok kira dan kanan, semuanya jauh lebih tua malah ada yg bongkok yg sama2 turut berjalan. Masya Allah, bila tengok dorang masih lagi kuat dan bersungguh2, terus kita pun jadi lebih semangat untuk meneruskan langkah.. 🥹🥹 

- Twin bedroom
- 900 m / 1km ke Masjidil haram
- ada bus yg disediakan percuma utk ke masjid, bas ada setiap masa tanpa perlu tunggu lama
- yang best hotel ni sebab banyak kedai2 murah di sekitar hotel untuk beli souvenir, dan kedai makan yg murah, jauh lebih murah dari area clock tower

 
📌 Book transport dari Jeddah airport ke hotel Madinah 

I book HIACE 10 seater walaupun total org yg pergi 4 org 2 baby je 🤣 Tapi lepas survey, average rate dari Jeddah ke Madinah dalam 600 SAR utk 1 kereta GMC (mcm ala ala Hilux / Pajero tapi lagi besar kot) 

Kebetulan ada kenalan yg buat pakej transport di sana, so kami dapat harga 550 SAR utk 1 van. Sebenarnya kalau buat umrah DIY ni, lagi ramai lagi murah sebab boleh tong2.. So utk transport ke Madinah ni sorang bayar dlm 137.50 SAR 

Contact number : http://wa.me/+60194220810 (Mursyid) 

📌 Beli tiket haramaian speed train 

I beli tiket haramain speed train dengan harga 172.50 sar one way per person utk kelas ekonomi (dalam RM 220) dari Madinah - Mekah. Cam wondering juga kenapa kalau beli dari travel agency harga tiket jadi sampai RM 400 utk ekonomi? 🙏🏻 

Tiket Haramain speed train ni konsep dia sama mcm harga tiket penerbangan, kalau beli lambat, or beli walk in / on the spot, harga dia jadi 2-3 x mahal. 

Haaa dah tahu ni korang boleh la beli sendiri je siap2 di website, tak susah pun.. Beli awal tak kalut.. Korang boleh beli di website ni ⤵️

https://sar.hhr.sa

I bayar guna wise je. Siapa takde wise lagi sila la apply di sini ⤵️

https://wise.com/invite/ihpc/nurulhudabintim2

📌 Book transport Mekah ke Jeddah airport

Yang ni I try book transport orang lain pula. I book dari Fiyaz.. Naik kereta GMC. 

Contact Number : +966 55 397 1211 (Fiyaz) 

Untuk first timers, korang boleh juga hire mutawwif di sana. Pergi secara umrah diy, tp kat sana boleh hire mutawif utk bimbing umrah, takde masalah. Jimat pun jimattttt.. 

Banyak je mutawwif Malaysia yg tinggal di Mekah dan Madinah. Rate dlm RM 300 sehari so boleh bahagi2 ikut berapa ramai orang. Ada juga org share yg kita boleh je join travel agent dari Malaysia sbb kadang2 ada jemaah yg taknak join & prefer nak buat sendiri. So kita boleh la join utk memenuhi ruang 😂 Tapi kita bayar la ikut yg bersesuaian.

Kami ni kebetulan rezeki sebab ada dua sepupu dari Juara travel & Alam Shah travel yg kebetulan dtg sini tarikh yg sama. So dapat la kami menumpang sekali sekala 🤭 

Total umrah DIY (harga untuk SEORANG)
1. Flight RM 2435
2. Transport Jeddah - Madinah 137.50 sar ~ RM 175
3. Hotel Mirage Al-salam Madinah RM 575 (4H 3M)
4. Haramain speed train Madinah - Mekah 172.50 SAR ~ RM 220
5. Kiswah Towers Hotel RM 264 (5H 4M)
_________________________
RM 3669 

+ RM 507 visa pelancong saudi
_________________________
RM 4176

Visa pelancong valid setahun, so lepas ni kalau nk buat umrah (atau sesiapa yg mmg dh ada visa pelancong) boleh la buat umrah dgn bajet RM 3.6k jeeeeeee. Dan rasanya boleh dpt lagi murah kalau pergi selain bulan 2 & bulan ramadhan. In sha allah lepas ni semua org boleh buat umrah 🥹❤️

Ini I state utk harga basic je. Dan harga pula masa rate at the time. Tak termasuk makan / shopping dan lain2 sbb kami tak shopping sgt dan kami bawa bekal dari Malaysia yg dah siap retort. Jimat banyak sebab makanan kat sini mahal juga 😂 Bayangkan sekali makan 20 rial, makan 3 kali sehari dah 60 rial, darab 10 hari dah 600 rial, dlm RM 760 cmtuu.. Maka kami pun bawa bekal je dari Malaysia yg dah siap2 retort.. Senanggg

Ni video retort kami : https://vt.tiktok.com/ZSFS3y1r5/

Jemputla tengok dkt Tiktok dan follow kamii, ada yg I dah buat video, so senang sikit la nak faham dan proses satu per satu 😂

Tiktok :
https://www.tiktok.com/@nurulmukhtarr

Instagram :
www.instagram.com/nurulmukhtarr 

"Allah tak panggil orang yang mampu, tapi Allah memampukan kita." Peganglah kata-kata hikmah ini.. Moga bermanfaat 🤲🏻🤍

Saturday, May 18, 2024

Tanya Iman

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan pula tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan pula menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan pulang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci. 

Begitulah. 

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

- Imam Pasak Bumi -

Saturday, April 27, 2024

ABANG ZACK RIDE PHUKET 2024

Rider Otak Seminit endurance to Phuket Bikeweek2024

Kisah Kali ni berkisah tentang seorang rider yang jarang ride solo,selalunya berkumpulan dgn geng Peketum.kali ni aku raider naik Suzuki raider fi,sebab adv aku roadtax mampuih dah.

Al-kisah rancangan seminggu sebelum ride,
Kalau ikutkan 50-50 je..nak camping kat bukit ayaq xpn p sampai Krabi je..sebab malas nk amik cuti..geng Peketum gerak Khamis malam,geng katong gerak jumaat pagi..
Memandangkan aku Masih kerja hari jumaat,plan asal pergi camping dulu,lepas tu sabtu pagi baru masuk siam sampai Krabi je..nak layan ragee event kat sana..haahahaaha..

Memandangkan Mat Duha(president Peketum) kata "Mai dulu phuket..nanti plan lain"..so..Khamis malam pack baju,standby passport,geran moto siap2..takut terlupa.

Maka hari jumaat lepas balik kerja terus bergerak ke border bukit kayu hitam,
Sampai border dalam jam 7.30mlm.
Selesai Hal insuran,passport,topup sim,tukar duit 3000bht,Perjalanan pun bermula.
Singgah di sadao cari masjid solat magrib dulu,lepas tu singgah makan dekat kedai awek cantik area situ jugak.

Selesai semua,mula2 rasa nervous jugak ride solo malam2 nk sampai Phuket,tapi bila fikir balik,saja amik semangat kwn2 yg ride solo sampai merata dah..depa boleh,takkan aku xboleh..aku bantai je la..brenti isi minyak lepas TU jalan..papehal bagi lepas hutan nak ke Trang sebelum pkul 12pg..seram jugak..kete,Lori pn xbyk lalu situ...time TU pulas je..bau wangi ke,bangkai ke..tak fikir apa dah..dengan hujan,baju hujan pn xsempat pakai.

Nak dijadikan cerita,stesen minyak banyak yg tutup awal sepanjang jalan TU..sebelum ni rasa mcm xde masalah pn..boleh pulak spare tank xisi penuh sebelum masuk border.last isi minyak dekat phatalung.sampai pekan Trang pn stesen minyak tutup,ada stesen caltex yg bukak,tapi gatai xmau isi sbb nak cari PTT jugak..sekali TU..sepanjang jln xjumpa stesen minyak yg bukak sampai la pekan Krabi 200km Dr patthalung. Lagi 20km nak sampai pekan Krabi minyak betul2 hbs sekali dgn spare tank pn hbs.dah la jauh Dr peradapan org.kereta,moto pn xnmpak sgt..tak sampai 5minit ada 3bji moto lalu..aku than terus..nasib baik diorg brenti,geng Pattani nk ke Phuket jugak sbb diorg kje sana,so diorg la yg tlg towing cari minyak,last jumpa pump minyak kampung..kalau xjumpa diorg mmg aku plan tido tepi jln la..time TU dah pkul 12mlm.so..lepas ni kena berhati-hati skit bab stesen minyak kalo ride mlm,Dan aku berjaya sampai Krabi jam 1pg.lepak amik gambar dekat ketam dl..Lepas TU dok fikir awal lagi ni..so aku plan gerak sampai Phuket terus.sampai simpang Krabi ke Phuket,jumpa balik geng Pattani TU..Dan kami gerak sekali sampai Phuket.

Aku sampai patong beach dalam jam 5pg.aku cari masjid dulu solat subuh dulu,baru aku check in hotel,tumpang hotel yang geng sampai awal dkt area patong beach.

Bersambung...

Wednesday, November 22, 2023

ULANGTAHUN 14 PEKETUM

RIDE 14th Anniversary PEKETUM 10-14/11/2023
TAIPING ➡️ KANGAR ➡️ SADAO ➡️ SONGKLA ➡️ CHANA ➡️ PATTANI ➡️ NARATHIWAT ➡️ YALA ➡️ BETONG ➡️ TAIPING

MALAYSIA 🇲🇾
Petrol - RM 57 (RON97) 🔄 
Insuran Thai Motor/TM - RM 35 (7D)
Travel Insurance - RM 45 (ZURICH 7D)
Makan - RM 28 🔄

TOTAL = RM 165

THAILAND 🇹🇭
Hotel - THB 530
Petrol - THB 290 (Gasohol95) 
Makan - THB 510
SimCard - THB 200 (AIS 5G) 

TOTAL = THB 1530

Di atas diperturunkan ringkasan perjalanan dan perbelanjaan sepanjang 4 hari 4 malam pengembaraan keluar rumah ke Utara Malaya dan Selatan 4 Wilayah Siam ( Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala ). Pejam celik dah 14 tahun dok ulang main. Dari Naik gerek, Naik mutu EX5, Mutu LC, Mutu FZ, Mutu Benelli, Mutu SYM, Kali Ni mutu Kawasaki. Kami bermula dengan tidoq di Basecamp Peketum Malam Mola. Pak Nuih Nasi Maduri support Daging Bakaq dan Nasi Maduri. Pukui 1.30 pg baru mula buat asap pukui 3.00 pg dok makan lagi. 
Seawal 8.00 pg bergerak ke Stadium Utama Kangar. Harini ada Perjanjian Utara. Acara Keramaian SANTAI ANAK UTARA KALI KESEBELAS. Kiranya sebelas kali juga PEKETUM SUPPORT ACARA SAU. Hat mola di Pantai Merdeka, yang tu Uzainy, Sidi, Pidowt support. Majalah Kapcai support hadiah lucky draw. 
Kali kedua Acara di Stadium Batu Kawan. Ingat lagi haritu cuma ada 2 khemah 20' X 20'. 1 khemah Uzainy dgn Sidi dok menjoi sticker. 1 khemah lagi jual goreng Pisang. Kami puak peketum pasang Flysheet 3 Kala tambat di mutu dan hampaq Tikaq joi merchandise. Itulah cerita dulu. 
Cerita kali Ni ada lah 60 khemah Jualan macam-macam. Maha pelbagai barangan. Baju berwarna meriah, barangan performance pelbagai meka. Hadiah lucky draw pelbagai hingga hadiah ticket Umrah. Orang kenamaan setaraf Menteri Besar dan Mantan Menteri Wilayah. 
Terima kasih PETRONAS SPRINTA untuk Kolaborasi dengan PEKETUM X MAJALAH KAPCAI. Dapat 5 Kotak minyak hitam, 3 kotak sebagai lucky draw, dan 2 Kotak kepada persatuan. Terima kasih sekali lagi. 
Tahniah Acai dan Pasukan.
Sabtu petang usai Acara PEKETUM bergerak ke sempadan malaya-siam. Sepatutnya akan ke Padang Besar menyaport acara OSBMX tetapi hujan lebat selebatnya alik petang tu. Kami ke BKH-Dannok. Kadar tukaran 7.47. 



#peketum #peketummalaysia #anniversary14th #majalahkapcai #kapcaitouringteam 

PEKETUM BASECAMP

SELAMAT DATANG TUAN-TUAN & PUAN-PUAN
Rimba Ilham Campground Malaysia

Bukit Ayer Perlis

https://maps.app.goo.gl/FYrZanb6gd1xJ6wv9

RM15/pax

OPEN 24/7

SURAU✅
PLUG POINT ✅
TOILET/SHOWER✅
Telco Internet - Celcom,Maxis,Digi,Umobile,Unifi✅
Parking free✅
24 hour Security Guard✅

*Bawa balik sampah kita, sebab kita ❤️ hutan kita*.

Info +60123060911

Monday, December 20, 2021

Tragedi Malaysia

Tragedi banjir dan tanah runtuh

Angkara golongan 1%, rakyat 99% lain menanggung sengsara

Cuba kita tanya tokey balak, sewaktu banjir pernahkah mereka bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada mangsa atau mereka sedang "enjoy" bercuti di Vegas dan menikmati cuaca "sejuk" dalam kediaman mewah mereka?

Cuba kita tanya Menteri Besar & Exco Kerajaan Negeri yang selalu cakap pembalakan, perlombongan, pembukaan kawasan hutan tadahan hujan dan projek pembangunan yang tak mampan adalah demi kepentingan ekonomi rakyat - sekarang ekonomi siapa yang banyak melingkup, ekonomi siapa pula yang banyak untung?

Kita dah ada rancangan & pelan pembangunan bandar & desa yang teratur dan lengkap. Ada tempat yang boleh buat pembangunan, ada tempat yang sensitif tak boleh diusik, ada kawasan serap hujan yang jangan diganggu dan ada rizab sungai yang perlu dijaga.

Tetapi sayangnya ia tidak diikuti dan dilaksanakan dengan baik disebabkan golongan tamak 1% ini. Ditambah pula dengan agensi penguatkuasaan yang lemah & sesetengahnya membutakan mata sebab makan rasuah tokey syarikat.

Kita bersuara demi alam sekitar bukannya sebab kita nak tunjuk hero, bukannya kita bercakap kosong-kosong tiada fakta dan kita bukan anti pembangunan serta ekonomi. Kita bersuara adalah untuk kepentingan rakyat marhaen.

Kami percaya, selagi sikap tamak haloba menguasai diri, datanglah 1000 kali banjir pun, golongan ini tidak akan pernah insaf.

Sudahnya, mereka ambil jalan mudah, salahkan Tuhan & alam semata-mata, tatkata dosa di tangan sendiri yang rakus merobek alam tidak dipeduli...