Wednesday, November 22, 2023

ULANGTAHUN 14 PEKETUM

RIDE 14th Anniversary PEKETUM 10-14/11/2023
TAIPING ➡️ KANGAR ➡️ SADAO ➡️ SONGKLA ➡️ CHANA ➡️ PATTANI ➡️ NARATHIWAT ➡️ YALA ➡️ BETONG ➡️ TAIPING

MALAYSIA 🇲🇾
Petrol - RM 57 (RON97) 🔄 
Insuran Thai Motor/TM - RM 35 (7D)
Travel Insurance - RM 45 (ZURICH 7D)
Makan - RM 28 🔄

TOTAL = RM 165

THAILAND 🇹🇭
Hotel - THB 530
Petrol - THB 290 (Gasohol95) 
Makan - THB 510
SimCard - THB 200 (AIS 5G) 

TOTAL = THB 1530

Di atas diperturunkan ringkasan perjalanan dan perbelanjaan sepanjang 4 hari 4 malam pengembaraan keluar rumah ke Utara Malaya dan Selatan 4 Wilayah Siam ( Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala ). Pejam celik dah 14 tahun dok ulang main. Dari Naik gerek, Naik mutu EX5, Mutu LC, Mutu FZ, Mutu Benelli, Mutu SYM, Kali Ni mutu Kawasaki. Kami bermula dengan tidoq di Basecamp Peketum Malam Mola. Pak Nuih Nasi Maduri support Daging Bakaq dan Nasi Maduri. Pukui 1.30 pg baru mula buat asap pukui 3.00 pg dok makan lagi. 
Seawal 8.00 pg bergerak ke Stadium Utama Kangar. Harini ada Perjanjian Utara. Acara Keramaian SANTAI ANAK UTARA KALI KESEBELAS. Kiranya sebelas kali juga PEKETUM SUPPORT ACARA SAU. Hat mola di Pantai Merdeka, yang tu Uzainy, Sidi, Pidowt support. Majalah Kapcai support hadiah lucky draw. 
Kali kedua Acara di Stadium Batu Kawan. Ingat lagi haritu cuma ada 2 khemah 20' X 20'. 1 khemah Uzainy dgn Sidi dok menjoi sticker. 1 khemah lagi jual goreng Pisang. Kami puak peketum pasang Flysheet 3 Kala tambat di mutu dan hampaq Tikaq joi merchandise. Itulah cerita dulu. 
Cerita kali Ni ada lah 60 khemah Jualan macam-macam. Maha pelbagai barangan. Baju berwarna meriah, barangan performance pelbagai meka. Hadiah lucky draw pelbagai hingga hadiah ticket Umrah. Orang kenamaan setaraf Menteri Besar dan Mantan Menteri Wilayah. 
Terima kasih PETRONAS SPRINTA untuk Kolaborasi dengan PEKETUM X MAJALAH KAPCAI. Dapat 5 Kotak minyak hitam, 3 kotak sebagai lucky draw, dan 2 Kotak kepada persatuan. Terima kasih sekali lagi. 
Tahniah Acai dan Pasukan.
Sabtu petang usai Acara PEKETUM bergerak ke sempadan malaya-siam. Sepatutnya akan ke Padang Besar menyaport acara OSBMX tetapi hujan lebat selebatnya alik petang tu. Kami ke BKH-Dannok. Kadar tukaran 7.47. 



#peketum #peketummalaysia #anniversary14th #majalahkapcai #kapcaitouringteam 

No comments:

Post a Comment